Wednesday, 18 May 2016

Oyen dan Mika

Assalamualaikum


      Entry yang sebelum ni eyka dah janji nak cerita tentang anak kucing eyka yang namanya Oyen dan Mika. Meh..eyka nak sambung cerita. Dua ekor anak kucing ni adik beradik, kucing orang buang jugak. Diorang datang kat rumah. Tahu-tahu je diorang kan yang eyka tengah cari anak kucing untuk dibela..mintak seekor ja..tapi dapat dua..Alhamdulillah :D gambar yang pertama ni Oyen..dia lebih berisi dari Mika. Oyen ni suka berkepit nak tido atas riba eyka. 

        Haa..yang ni pulak mesti la Mika kan.. :) Mika ni gigurl. Agak kecil dari Oyen..tapi kuat makan. Mika nih suka berdiri lama..comel je dia (^_^) lagi satu, Mika ni agak memilih berbanding Oyen. Nak tahu sebab apa? Sebabnya Mika ni makan memilih, dan tak aktif sangat macam Oyen. Kalau Oyen, dia hyperaktif sikit..suka memanjat. Tapi bila dah panjat tak reti nak turun sendiri pulak..haha. 

       Sebenarnya eyka suka bela kucing sebab mungkin naluri sukakan kucing dah lama ada dan mewarisi my dad. Kedua, Bila kita bela kucing ni, kita rasa bahagia bila dapat bagi dia makan, rawat dan lindungi dia masa sakit, tengok dia main, dapat respond dari dia dan banyak lagi la kalau nak cerita..hhu. Penat terus hilang bila tengok kucing kita main, datang kat kaki kita nak manja-manja. Bahagia beb! Orang yang suka kucing macam eyka je akan faham perasaan ni tau..(cewah feeling sikit). Tapi, bila kucing mati atau hilang..confirm gelabah macam mak kucing hilang anak..tak percaya? tanyalah orang yang ada bela kucing. :P Yela, mana taknya camtu kan..dah anggap kucing tu sebahagian daripada famili kita.

        Tuan bela kucing ni kalau tak kena cakar memang tak sah la..sampai berdarah pun ada. Sakit memang sakit tapi biasalah tu kan..Bab nak menjaga kucing yang lebih dari seekor ni pun agak mencabar sikit la. Mula-mula diorang ni tak biasa jugak.Asal jumpa je nak gaduh..tapi eyka pelan-pelan ajar diorang jadi biasa. Nak tahu macam mana? Senang je..eyka bagi diorang makan dekat tempat yang sama, tapi bekas masing-masing la.Lepas tu eyka ajar diorang main sama-sama. Dulu diorang tu bola mainan tu pun nak berebut..hhu. La ni dah boleh main sama-sama dah. Ok lah..dah panjang sangat eyka cerita ni..sampai sini je la. Daa.. 

opps..sebelum tu eyka nak share gambar Gary dan Mi'u..nah korang tengok la.



Gary ni memang tak suka tengok kamera

TQ sudi baca ye :)







2 comments: