Monday, 29 August 2016

Panduan Menulis Resume

Assalamualaikum..

Apa itu Resume?













Secara ringkasnya resume merupakan biodata ringkas anda untuk melamar sesebuah pekerjaan. Selalunya resume dihantar beserta dengan surat pengenalan (Cover Letter).

Apa yang di tulis dalam resume?

merangkumi maklumat peribadi, latar belakang pendidikan, pengalaman pekerjaan, kemahiran, dan rujukan untuk dihubungi. Resume penting untuk majikan menilai anda sebelum ditemuduga. Jadi, resume haruslah di tulis dengan padat, ringkas dan tepat.

Jenis-jenis resume: 

1. Chronological

Chronological Resume merupakan struktur resume tradisional dan lebih fokus kepada seksyen pengalaman. Pengalaman kerja diterangkan secara terperinci.

2. Functional 

Sunday, 28 August 2016

Tips Temuduga

Assalamualaikum..


Dapat panggilan temuduga? Tak tahu nak buat apa? Jom baca apa yang patut anda lakukan..

1. SEBELUM

- Kemaskini resume anda yang terkini. Panduan menulis resume (DISINI)

- Buat surat `cover letter’ untuk memberitahu minat anda untuk berkerja dengan majikan. Contoh   format `cover letter’ klik (SINI)
 
- Sediakan Salinan dokumen yang perlu dibawa semasa temuduga seperti:
  • Resume
  • Salinan IC
  • Salinan sijil lahir
  • Sijil akademik
  • Sijil kokurikulum
  • Susun sijil-sijil mengikut urutan yang kemas dalam fail clear folder’ anda. Rujuk (SINI)
*Salinan Photostat dokumen tersebut perlu di cop pengesahan oleh mana-mana pegawai kerajaan seperti ketua kampung, penghulu, dan Guru besar sekolah.


2. SEMASA 

- Datang awal temuduga seelok-eloknya 15 minit sebelum temuduga bermula supaya anda akan berasa tenang dan lebih fokus terhadap sesi temuduga nanti. 

Surat Pengenalan (Cover Letter)

 Assalamualaikum..

Apa itu Surat Pengenalan (cover letter) ?

Surat pengenalan ditulis atau taip untuk memohon pekerjaan yang diiklankan dalam surat khabar, jurnal atau pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan.



Apa yang perlu ada dalam surat pengenalan?

  • Tujuan anda menghantar resume kepada majikan. Jangan biarkan majikan berteka-teki apa yang kita minta., perlu spesifik : sama ada anda ingin mencari peluang praktikal, peluang pekerja atau kerja kosong yang ditawarkan oleh pihak majikan.
  • Nyatakan secara spesifik dari mana sumber anda mendapat maklumat tentang jawatan kosong yang ditawarkan – seperti  flyer, web site, keluarga atau kawan yang berkerja dalam syarikat tersebut. Nyatakan nama orang yang mencadangkan.
  •  Menggalakkan pembaca melihat resume anda. Surat pengenalan akan di lihat dahulu. Oleh itu, ia mesti di tulis dan khususkan kepada majikan tersebut.
  •  Menerangkan elemen latar belakang anda – pelajaran, kepimpinan, pegalaman kerja yang relevan dengan jawatan yang di pohon. Jelaskan secara spesifik.  

Saturday, 27 August 2016

Kronologi Kerjaya

Assalamualaikum..

Tamat Diploma Oktober 2015, bermula la `job hunting’ Eyka. Dh lama tak menulis jadi hari ni timbul idea nak kongsi pengalaman temuduga yang Eyka pernah pergi untuk agensi swasta dan kerajaan. Setakat ni dah lima kali Eyka pergi temuduga  tapi belum ada rezeki dapat kerja. Jom follow pengalaman interview dan kerja eyka kat bawah:

18 NOVEMBER 2015 (2:00PM)


Pertama kali eyka dapat email interview dari Yayasan Pelajaran Mara (YPM) di Jalan TAR Kuala Lumpur. Jawatannya sebagai setiausaha eksekutif. First time interview semua orang tau debarannya kan.
Hari tu, eyka tiba awal di YPM. Relax-relax dulu..cari toilet, touch-up sikit. Beberapa minit lepas tu baru daftar kehadiran di kaunter `reception’.  Datang awal dapat la no giliran yang kedua. Pertama kali temuduga dapat temuduga secara berpasangan. 

Masuk dua orang sekali gus. Masuk-masuk je dalam bilik temuduga tu, Nampak ada empat orang ahli panel temuduga. Dua lelaki dan dua perempuan. Nak tahu apa yang penemuduga tu tanya?

Friday, 26 August 2016

74 Fakta Tentang Kucing Yang Anda Tak Tahu




1. Rasa sayang pada kucing dipanggil 'Ailurofobia'.

2. 25% pemilik kucing yang memandikan kucing mereka akan mengeringkan kucing mereka menggunakan pengering mereka.

3. Bahagian yang lembut pada hidung kucing biasanya mempunyai jenis corak yang unik seperti cap jari manusia.

4. Terdapat lebih 500 juta ekor kucing tempatan diseluruh dunia yang dibahagikan kepada 33 jenis berlainan.

5. Jantung kucing akan berdegup 2 kali lebih pantas dari jantung manusia pada kadar 110 ke 140 kali seminit.

6. Spesis kucing yang paling besar ialah Ragdoll yang mana spesis jantannya boleh mencecah berat 12 paun manakala betina antara 10 ke 15 paun.

7. Spesis kucing yang paling kecil di dunia pula ialah dari jenis Singapura dimana kucing jantannya hanya mempunyai berat sekitar 6 paun manakala betinanya pula dalam 4 paun.