Apa itu Resume?
Secara ringkasnya resume merupakan biodata ringkas anda untuk melamar sesebuah pekerjaan. Selalunya resume dihantar beserta dengan surat pengenalan (Cover Letter).
Secara ringkasnya resume merupakan biodata ringkas anda untuk melamar sesebuah pekerjaan. Selalunya resume dihantar beserta dengan surat pengenalan (Cover Letter).
Apa yang di tulis dalam resume?
merangkumi maklumat peribadi, latar belakang pendidikan, pengalaman pekerjaan, kemahiran, dan rujukan untuk dihubungi. Resume penting untuk majikan menilai anda sebelum ditemuduga. Jadi, resume haruslah di tulis dengan padat, ringkas dan tepat.
Jenis-jenis resume:
1. Chronological
Chronological Resume – merupakan struktur resume tradisional
dan lebih fokus kepada seksyen pengalaman. Pengalaman kerja diterangkan secara
terperinci.
2. Functional
Functional Resume – lebih focus kepada kemahiran dan
pengalaman anda berbanding jawatan yang telah anda pegang.
3. Combination
Combination Resume – Menyenaraikan kemahiran dan pengalaman
anda terlebih dahulu. Manakala, pekerjaan yang pernah anda lakukan akan
disenaraikan kemudian.
- Menyatakan jawatan dipohon
- Ringkas dan padat. Hanya tulis maklumat penting sahaja bagi menjimatkan masa majikan.
- Maklumat yang relevan dengan jawatan dipohon.
- Penggunaan tatabahasa yang betul.
- Menggunakan tulisan yang mudah dibaca. Font normal digunakan ialah Times New Roman Bersaiz 12 dan Arial saiz 11.
- Kreativiti penulisan resume yang menarik dan jujur.
- Menonjolkan kebolehan dan pencapaian anda. Untuk menunjuk dan menyakinkan majikan untuk memanggil anda temuduga.
Terima kasih kerana setia membaca. Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment