Assalamualaikum..
Dapat panggilan temuduga? Tak tahu nak buat apa? Jom baca apa yang patut anda lakukan..
- Kemaskini resume anda yang terkini. Panduan menulis resume
(DISINI)
- Buat surat `cover letter’ untuk memberitahu minat anda untuk
berkerja dengan majikan. Contoh
format `cover letter’ klik (SINI)
- Sediakan Salinan dokumen yang perlu dibawa semasa temuduga
seperti:
- Resume
- Salinan IC
- Salinan sijil lahir
- Sijil akademik
- Sijil kokurikulum
- Susun sijil-sijil mengikut urutan yang kemas dalam fail clear folder’ anda. Rujuk (SINI)
*Salinan Photostat dokumen tersebut perlu di cop
pengesahan oleh mana-mana pegawai kerajaan
seperti ketua kampung, penghulu, dan Guru besar sekolah.
2. SEMASA
- Datang awal temuduga seelok-eloknya 15 minit sebelum
temuduga bermula supaya anda akan berasa tenang dan lebih fokus terhadap sesi
temuduga nanti.
- Silent phone anda untuk mengelakkan sesi temuduga anda terganggu.
- Pakai pakaian yang formal.
*Bagi wanita berpakaian baju kurung atau berkemeja dan kasut sarung bertumit. Elakkan memakai baju yang berlabuci, bermanik
dan terlalu menarik perhatian.
*Tudung bersesuaian
dengan warna baju yang dipakai. Tidak berlalu terang dan tidak terlalu gelap.
*Lelaki harus
berpakaian baju kemeja dilengkapi tali leher dan seluar slack warna
hitam serta kasut kulit berwarna hitam.
- Ketuk pintu sebelum masuk. Beri salam kepada yang muslim dan
selamat pagi/salam sejahtera kepada non-muslim.
- Berikan fail clear folder kepada penemuduga
- Tunggu arahan sehingga di suruh duduk. Duduk dengan posisi
menegak dan sopan.
- Keyakinan diri. Jaga `Eye contact’ dengan penemuduga agar
and kelihatan lebih berminat untuk mendegar dan penting untuk membina keyakinan
diri.
- Jujur. Jangan sesekali menipu semasa menjawab soalan dari
penemuduga.
- Sentiasa senyum dan tenang apabila anda ditanya soalan yang
`kritikal’.
- Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab
soalan yang di ajukan kepada anda. Jawab secara ringkas dan terperinci sahaja.
- Diakhir temuduga, biasanya penemuduga akan memberi peluang
atau bertanya soalan kepada anda sebelum sesi temuduga tamat. Jangan kata tiada
soalan. Ini akan menyebabkan anda kelihatan tidak berminat dan pasif. Tanya
soalan yang penting saja dan elakkan bertanya mengenai gaji kerana mereka akan
menganggap anda tidak bersungguh-sungguh dengan kerjaya.
- Setelah selesai, ucapkan terima
kasih kepada penemuduga kerana memberi kesempatan untuk anda ditemuduga dan
berikan kata-kata harapan anda untuk menunjukkan anda berminat dengan kerjaya
tersebut.
3. SELEPAS
- Emailkan `thank you letter’ kepada majikan anda dalam tempoh
24 jam. Bertujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada majikan kerana diberi
peluang untuk ditemuduga. Rujuk (SINI)
- Selepas dua minggu, follow – up dengan HR Department.
- Review pencapaian anda semasa temuduga. Perbaiki kelemahan
supaya tidak diulangi pada masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih. Ikhlas dari saya dan selamat maju jaya!
No comments:
Post a Comment