Sunday, 28 August 2016

Surat Pengenalan (Cover Letter)

 Assalamualaikum..

Apa itu Surat Pengenalan (cover letter) ?

Surat pengenalan ditulis atau taip untuk memohon pekerjaan yang diiklankan dalam surat khabar, jurnal atau pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan.



Apa yang perlu ada dalam surat pengenalan?

  • Tujuan anda menghantar resume kepada majikan. Jangan biarkan majikan berteka-teki apa yang kita minta., perlu spesifik : sama ada anda ingin mencari peluang praktikal, peluang pekerja atau kerja kosong yang ditawarkan oleh pihak majikan.
  • Nyatakan secara spesifik dari mana sumber anda mendapat maklumat tentang jawatan kosong yang ditawarkan – seperti  flyer, web site, keluarga atau kawan yang berkerja dalam syarikat tersebut. Nyatakan nama orang yang mencadangkan.
  •  Menggalakkan pembaca melihat resume anda. Surat pengenalan akan di lihat dahulu. Oleh itu, ia mesti di tulis dan khususkan kepada majikan tersebut.
  •  Menerangkan elemen latar belakang anda – pelajaran, kepimpinan, pegalaman kerja yang relevan dengan jawatan yang di pohon. Jelaskan secara spesifik.  
  • Memberi  maklumat tambahan yang diminta – dalam iklan yang tiada dalam resume, seperti tarikh sedia bekerja, dan rujukan. 


Panduan menulis surat pengenalan.


  • Malay Version.

 (Maklumat Pengenalan Diri)
Nama anda
Alamat
Nombor Telefon
Email 
 
Bulan, Hari, Tahun

(Maklumat Pengenalan Majikan)
Nama
Jawatan
Syarikat
Alamat

Tuan/Puan:

Perenggan Pendahuluan: Nyatakan tujuan anda menulis surat; Cara anda ada mendapat meklumat tentang iklan jawatan yang ditawarkan. Nyatakan nama beliau, dan asas pengenalan tentang diri sendiri.

Perenggan ke-2: Nyatakan minat anda terhadap jawatan yang ditawarkan dan kaitkan dengan latar belakang pendidikan, pengalaman kerja terdahulu dan terkini. Nyatakan juga kelayakan yang anda miliki berkaitan syarat yang majikan anda tetapkan. (Fokuskan apa yang anda boleh buat untuk majikan)

Perenggan ke-3: Sertakan harapan anda untuk berpeluang ditemuduga oleh pihak majikan untuk jawatan yang dipohon atau untuk berbincang lebih lanjut. Jelaskan anda akan menghubungi majikan tersebut, seperti menelefon majikan dalam tempoh dua minggu kemudian. Nyatakan anda akan sediakan maklumat tambahan sekiranya perlu.  Ucap terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk anda. 

Yang Ikhlas,
(Tandatangan untuk surat bertulis)
Nama ditaip
(untuk surat melalui emel)

Rujukan (Sila rujuk resume, cth)

  • English Version

(Your Contact Information)
Your Name
Your Address
Telephone Number
Email Address 

Month, Day, Year

(Employer Contact Information)
Name
Title
Company
Address

Dear Mr./Ms./Dr. LastName:

Opening paragraph: State why you are writing; how you learned of the organization or position, and basic information about yourself. 

2nd paragraph: Tell why you are interested in the employer or type of work the employer does (Simply stating that you are interested does not tell why, and can sound like a form letter). 

Demonstrate that you know enough about the employer or position to relate your background to the employer or position. Mention specific qualifications which make you a good fit for the employer’s needs. (Focus on what you can do for the employer, not what the employer can do for you.) This is an opportunity to explain in more detail relevant items in your resume. Refer to the fact that your resume is enclosed. Mention other enclosures if such are required to apply for a position.

3rd paragraph: Indicate that you would like the opportunity to interview for a position or to talk with the employer to learn more about their opportunities or hiring plans. State what you will do to follow up, such as telephone the employer within two weeks. If you will be in the employer’s location and could offer to schedule a visit, indicate when. State that you would be glad to provide the employer with any additional information needed. Thank the employer for her/his consideration.

Sincerely,
(Your handwritten signature [on hard copy])
Your name typed
(In case of email, your full contact info appears below your printed name [instead of at the top, as for hard copy], and of course there is no handwritten signature)
Enclosure(s) (refers to resume, etc.)

Surat Pengenalan atau Cover Letter sangat membantu sebab boleh sokong resume anda supaya permohonan anda diluluskan. Sebarang cadangan boleh lontarkan di ruangan komen. Sekian, terima kasih sudi baca blog yang tak seberapa ni. Semoga entri ni bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment