Sunday, 4 September 2016

Susunan Sijil Dalam Fail Clear Folder



Assalamualaikum..

Fail Clear Folder ni seperti yang kita tahu fail yang menyimpan semua sijil-sijil akademik, kokurikulum, sijil kelahiran dan sebagainya serta sesuai digunakan untuk temuduga. 

Warna yang sesuai untuk temuduga ialah hitam dan kelabu. 



So, kali ni Eyka nak share susunan sijil-sijil dalam fail clear folder anda.

1. Kad pengenalan
2. Sijil kelahiran
3. Sijil PMR
4. Sijil SPM
5. Sijil Berhenti  sekolah
6. Sijil-sijil penghargaan / penyertaan luar
7. dan sijil tawaran temuduga di belakang sekali.

Semua sijil-sijil haruslah disusun mengikut urutan yang betul supaya memudahkan urusan anda semasa pendaftaran.

Semoga entri ini membantu anda. 


Monday, 29 August 2016

Panduan Menulis Resume

Assalamualaikum..

Apa itu Resume?













Secara ringkasnya resume merupakan biodata ringkas anda untuk melamar sesebuah pekerjaan. Selalunya resume dihantar beserta dengan surat pengenalan (Cover Letter).

Apa yang di tulis dalam resume?

merangkumi maklumat peribadi, latar belakang pendidikan, pengalaman pekerjaan, kemahiran, dan rujukan untuk dihubungi. Resume penting untuk majikan menilai anda sebelum ditemuduga. Jadi, resume haruslah di tulis dengan padat, ringkas dan tepat.

Jenis-jenis resume: 

1. Chronological

Chronological Resume merupakan struktur resume tradisional dan lebih fokus kepada seksyen pengalaman. Pengalaman kerja diterangkan secara terperinci.

2. Functional 

Sunday, 28 August 2016

Tips Temuduga

Assalamualaikum..


Dapat panggilan temuduga? Tak tahu nak buat apa? Jom baca apa yang patut anda lakukan..

1. SEBELUM

- Kemaskini resume anda yang terkini. Panduan menulis resume (DISINI)

- Buat surat `cover letter’ untuk memberitahu minat anda untuk berkerja dengan majikan. Contoh   format `cover letter’ klik (SINI)
 
- Sediakan Salinan dokumen yang perlu dibawa semasa temuduga seperti:
  • Resume
  • Salinan IC
  • Salinan sijil lahir
  • Sijil akademik
  • Sijil kokurikulum
  • Susun sijil-sijil mengikut urutan yang kemas dalam fail clear folder’ anda. Rujuk (SINI)
*Salinan Photostat dokumen tersebut perlu di cop pengesahan oleh mana-mana pegawai kerajaan seperti ketua kampung, penghulu, dan Guru besar sekolah.


2. SEMASA 

- Datang awal temuduga seelok-eloknya 15 minit sebelum temuduga bermula supaya anda akan berasa tenang dan lebih fokus terhadap sesi temuduga nanti. 

Surat Pengenalan (Cover Letter)

 Assalamualaikum..

Apa itu Surat Pengenalan (cover letter) ?

Surat pengenalan ditulis atau taip untuk memohon pekerjaan yang diiklankan dalam surat khabar, jurnal atau pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan.



Apa yang perlu ada dalam surat pengenalan?

  • Tujuan anda menghantar resume kepada majikan. Jangan biarkan majikan berteka-teki apa yang kita minta., perlu spesifik : sama ada anda ingin mencari peluang praktikal, peluang pekerja atau kerja kosong yang ditawarkan oleh pihak majikan.
  • Nyatakan secara spesifik dari mana sumber anda mendapat maklumat tentang jawatan kosong yang ditawarkan – seperti  flyer, web site, keluarga atau kawan yang berkerja dalam syarikat tersebut. Nyatakan nama orang yang mencadangkan.
  •  Menggalakkan pembaca melihat resume anda. Surat pengenalan akan di lihat dahulu. Oleh itu, ia mesti di tulis dan khususkan kepada majikan tersebut.
  •  Menerangkan elemen latar belakang anda – pelajaran, kepimpinan, pegalaman kerja yang relevan dengan jawatan yang di pohon. Jelaskan secara spesifik.  

Saturday, 27 August 2016

Kronologi Kerjaya

Assalamualaikum..

Tamat Diploma Oktober 2015, bermula la `job hunting’ Eyka. Dh lama tak menulis jadi hari ni timbul idea nak kongsi pengalaman temuduga yang Eyka pernah pergi untuk agensi swasta dan kerajaan. Setakat ni dah lima kali Eyka pergi temuduga  tapi belum ada rezeki dapat kerja. Jom follow pengalaman interview dan kerja eyka kat bawah:

18 NOVEMBER 2015 (2:00PM)


Pertama kali eyka dapat email interview dari Yayasan Pelajaran Mara (YPM) di Jalan TAR Kuala Lumpur. Jawatannya sebagai setiausaha eksekutif. First time interview semua orang tau debarannya kan.
Hari tu, eyka tiba awal di YPM. Relax-relax dulu..cari toilet, touch-up sikit. Beberapa minit lepas tu baru daftar kehadiran di kaunter `reception’.  Datang awal dapat la no giliran yang kedua. Pertama kali temuduga dapat temuduga secara berpasangan. 

Masuk dua orang sekali gus. Masuk-masuk je dalam bilik temuduga tu, Nampak ada empat orang ahli panel temuduga. Dua lelaki dan dua perempuan. Nak tahu apa yang penemuduga tu tanya?

Friday, 26 August 2016

74 Fakta Tentang Kucing Yang Anda Tak Tahu




1. Rasa sayang pada kucing dipanggil 'Ailurofobia'.

2. 25% pemilik kucing yang memandikan kucing mereka akan mengeringkan kucing mereka menggunakan pengering mereka.

3. Bahagian yang lembut pada hidung kucing biasanya mempunyai jenis corak yang unik seperti cap jari manusia.

4. Terdapat lebih 500 juta ekor kucing tempatan diseluruh dunia yang dibahagikan kepada 33 jenis berlainan.

5. Jantung kucing akan berdegup 2 kali lebih pantas dari jantung manusia pada kadar 110 ke 140 kali seminit.

6. Spesis kucing yang paling besar ialah Ragdoll yang mana spesis jantannya boleh mencecah berat 12 paun manakala betina antara 10 ke 15 paun.

7. Spesis kucing yang paling kecil di dunia pula ialah dari jenis Singapura dimana kucing jantannya hanya mempunyai berat sekitar 6 paun manakala betinanya pula dalam 4 paun.

Sunday, 22 May 2016

My Gardening Project

Assalamualaikum

Gardening Project - Day 1:

         Hai..Hujung minggu macam ni korang buat apa ye? Eyka meluangkan masa dengan aktiviti menyemai biji benih sayur-sayuran! Ni adalah salah satu daripada hobi ika pada masa lapang selain main dengan kucing-kucing eyka yang montel tu..hhe. Hari ni, 22 Mei 2016 eyka mulakan aktiviti dengan mengisi tanah ke dalam poli beg sebelum menyemai biji benih. Jadi, ceritanya tadi ika dah semai beberapa jenis biji benih antaranya sayur bendi, kacang panjang, bayam, sawi bunga dan timun. Harap sayur-sayur ni cepat tumbuh..tak sabar nak tunggu ni..alahai baru sehari tanam dah excited kan? lalalaaaa.tak kesah pun!
 
         Korang punya hobi mesti lagi gempak kan? eyka punya hobi biase-biase je..lebih kepada aktiviti di luar rumah tapi lebih cenderung kepada alam semulajadi..hhu lain orang lain minatnya kan..korang mesti suka jalan-jalan, pergi window shopping, lepak dengan kawan..betul tak? Takpe lah..tak salah pun..hobi masing-masing.. camping, jungle trekking, main badminton..haa ni semua outdoor activity yang eyka suka..eyka suka aktiviti yang lasak-lasak dan mencabar. Baru la ade ummphhh hha. 

          Okay ni kira `out from the topic' la..tapi ade kaitan sikit.. Tadi masa eyka buat kerja kat luar rumah..kucing-kucing eyka pun menyibukkan diri diorang nak tolong KACAU..ikut la orang kehulu-kehilir, tengok orang buat kerja. Cara diorang tengok kita buat kerja tu macam minat sangat. Orang duk sidai kain nak tengok, orang basuh pinggan nak tengok, semua diorang nak tengok.. ada la jugak yang nak teman eyka buat kerja kat rumah..takde la sunyi kan? Bila tengah letih, nampak je diorang (Oyen, Mika, Gary & Mi'u) datang terus nak main sama..hilang letih. lepas tu sambung buat kemas rumah balik.. Yippiiiii

Eh..eh..scroll bawah lagi nak cari apa (@_@)?

dah takde story dah la hhu..nantikan entry yang seterusnya...daaa!      

     (gurau je yang atas tu) CHillll yo and happy weekends to you <3    

\ (^_^)"/  ~ (^,^) ~    y(^o^)y
                                /     \        /     \           /     \                                 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







                          

Wednesday, 18 May 2016

Oyen dan Mika

Assalamualaikum


      Entry yang sebelum ni eyka dah janji nak cerita tentang anak kucing eyka yang namanya Oyen dan Mika. Meh..eyka nak sambung cerita. Dua ekor anak kucing ni adik beradik, kucing orang buang jugak. Diorang datang kat rumah. Tahu-tahu je diorang kan yang eyka tengah cari anak kucing untuk dibela..mintak seekor ja..tapi dapat dua..Alhamdulillah :D gambar yang pertama ni Oyen..dia lebih berisi dari Mika. Oyen ni suka berkepit nak tido atas riba eyka. 

        Haa..yang ni pulak mesti la Mika kan.. :) Mika ni gigurl. Agak kecil dari Oyen..tapi kuat makan. Mika nih suka berdiri lama..comel je dia (^_^) lagi satu, Mika ni agak memilih berbanding Oyen. Nak tahu sebab apa? Sebabnya Mika ni makan memilih, dan tak aktif sangat macam Oyen. Kalau Oyen, dia hyperaktif sikit..suka memanjat. Tapi bila dah panjat tak reti nak turun sendiri pulak..haha. 

       Sebenarnya eyka suka bela kucing sebab mungkin naluri sukakan kucing dah lama ada dan mewarisi my dad. Kedua, Bila kita bela kucing ni, kita rasa bahagia bila dapat bagi dia makan, rawat dan lindungi dia masa sakit, tengok dia main, dapat respond dari dia dan banyak lagi la kalau nak cerita..hhu. Penat terus hilang bila tengok kucing kita main, datang kat kaki kita nak manja-manja. Bahagia beb! Orang yang suka kucing macam eyka je akan faham perasaan ni tau..(cewah feeling sikit). Tapi, bila kucing mati atau hilang..confirm gelabah macam mak kucing hilang anak..tak percaya? tanyalah orang yang ada bela kucing. :P Yela, mana taknya camtu kan..dah anggap kucing tu sebahagian daripada famili kita.

        Tuan bela kucing ni kalau tak kena cakar memang tak sah la..sampai berdarah pun ada. Sakit memang sakit tapi biasalah tu kan..Bab nak menjaga kucing yang lebih dari seekor ni pun agak mencabar sikit la. Mula-mula diorang ni tak biasa jugak.Asal jumpa je nak gaduh..tapi eyka pelan-pelan ajar diorang jadi biasa. Nak tahu macam mana? Senang je..eyka bagi diorang makan dekat tempat yang sama, tapi bekas masing-masing la.Lepas tu eyka ajar diorang main sama-sama. Dulu diorang tu bola mainan tu pun nak berebut..hhu. La ni dah boleh main sama-sama dah. Ok lah..dah panjang sangat eyka cerita ni..sampai sini je la. Daa.. 

opps..sebelum tu eyka nak share gambar Gary dan Mi'u..nah korang tengok la.



Gary ni memang tak suka tengok kamera

TQ sudi baca ye :)







Tuesday, 17 May 2016

Contact


Assalamualaikum



  Facebook: Noor Shafiqah

Instagram: nr_shfqh
    


 Anda di alu-alukan untuk like dan follow akaun Facebook dan Instagram Cik Shafiqah. Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai blog ini anda boleh hantarkan pesanan pada email yang tertera di atas. 

Sekian, Terima Kasih.

Monday, 16 May 2016

Buddy since 2013 and forever

Assalamualaikum..

Memandangkan Eyka baru je habis diploma tahun lepas..nak `throwback' la sikit pengalaman bergelar pelajar..janji kite cerita sikit je okay. Nak mula kat mana dulu eh? Okay eyka mulakan dari mencari kawan baru. Masa tu kawan yang satu bilik kat `hostel' tu la kawan pertama yang eyka jumpa. ada la dalam lapan orang semuanya. Nama diorang Soleha, Aisyah, Hasanah, Kyra, Zura, Munirah, dan Zati. Majoriti satu rumah tu orang perak. Dua orang je asal Pahang dan Selangor. Mula la kitorang bersuai kenal..
 

Ni la kawan susah senang kita. Orang kata kalau nak tengok siapa kawan kita, tengok la siapa di antara mereka yang ada dengan kita dikala kita susah..bukan masa senang je ada. Jangan jadi macam kelip-kelip okay :P Rindu korang <3..dari kawan `hostel'..berkembang ke kawan dari kos  lain iaitu..student `Art & Design', `Science', Pembangunan Manusia..dll. Semua ni kenal masa orientasi la. Eyka bertuah jugak dapat group yang `sporting'..Masa ni group kitorang kena berlakon tajuknya pasal cita-cita. Eyka dan lagi tiga orang `member' ni dapat watak kanak-kanak..comel kan..(hhu perasan comel ^.^)

 
Next, ni kawan eyka yang sekelas atau `classmate'. Best dapat `classmate' yang gila-gila nih.. rasa seronok je bila masuk kelas.ceria. Tak sah kalau xde sorang yang kaki bodek kat lecturer nak kelas `cancel'. Tapi satu kelas memang suka kelas `cancel' pun hhi. Banyak kenangan manis masa belajar dulu.  Ada masa malas nak pergi kelas..so terskip la..ter okay..ter hhu, tertidur tu benda biasa la kan..`study last minute mostly' student biasa buat..yang peliknya tu` last minute study' lak yang lekat kat otak ni kan..bila `study' dalam kelas tak ingat pulak..hha. ni adik-adik jangan buat eh.. (> <)
 
 

Okay la. Sampai sini je eyka cerita. `Thanks' bagi yang sudi baca. `Sorry' kalau ayat berterabur or tak menarik.


Monday, 9 May 2016

Tentang Kucing

Assalamualaikum..

Mata tak mengantuk lagi ni..so Eyka nak cerita pasal salah satu daripada minat Eyka tentang kucing.
My family and I memang suka kucing..since Eyka kecik lagi my parent dah bela kucing. Actually my dad yang suka sangat kucing..jadinya mana tak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi right? hhu..anaknya pun terjebak sekali..cewah :P So sekarang we all dah ada empat ekor kucing.

First, nama dia Gary. Umur dalam lingkungan 3 tahun lebih..sebab tak tahu berapa umur sebenar dia. Gary ni manja sangat..sampai kadang-kadang rasa annoying pulak dengan perangai dia..hha. So nah..lanje sikit gamba dia.


Second, Mi'u nama dia. Matanya bulat..my mom cakap macam mata kera duku..hhu.
Tapi one thing yang Eyka suka pasal Mi'u ni..dia memang liar dengan strangers..especially dengan budak-budak tapi dia ni baik..sama macam gary jugak. Dia tak pernah nak kacau orang makan..kalau dia lapar pun dia just mintak..then tunggu sampai orang bagi. Lupa pulak nak bagitahu umur dia dalam lingkungan dua bulan.


For now, sampai sini je Eyka cerita..next time Eyka cerita lagi pasal lagi dua ekor anak kucing
 eyka tu - Oyen dan Mika.

TQ for reading :)
~ wait for the next post ya..bye. Goodnight!

Sunday, 1 May 2016

My Profile


ABOUT ME 

     Assalamualaikum and Hi bloggers and readers. My name is Noor Shafiqah from Perak. I'm 21 years old. Just call me Eyka. I'm a  simple girl with decent personality. I'm the youngest from six sibling. Four sisters and two brothers. Just finished my study diploma in office management & technology from Uitm. Currently looking for a job in any related field. I love adventure activity, reading books and playing badminton. I also love cats. I have four cats - Gary, Mi'u, Oyen and Mika. Secretary to be one day.. In shaa Allah.

P/S: You are invited to like, visited, and follow me via:
  •  my Blog: NotaCikShafiqah
  •  FB: Noor Shafiqah
  •  Instagram: nr_shfqh